
Jika langit mampu berbicara
Apakah yang mahu engkau dengar?
Dunia dimamah usia
Bahang cuaca penyakit haba
Raja Siam turun takhta
Pending Sultan ditebus harta
Gempa meletus tsunami tiba
Yang indah-indah sahaja?
Atau yang indah khabar dari rupa?
Siti Zalinah
Changi Road, Singapura
Khamis, 27 Mei 2010, 10:30 pagi

No comments:
Post a Comment