Saturday, August 27, 2011

Decoding Shaura Marissa

Shaura: Dog
What she's trying to say: There's a dog barking.

Shaura: Car
What she's trying to say: I want to go out.

Shaura: Kakak Tua
What she's trying to say:  I want to sing (Burung Kakak Tua).

Shaura: Maaaa... (and laughs)
What she's trying to sayI'm imitating the sheep.

Shaura: Duck
What she's trying to sayI want to bathe with Duckie!

Shaura: Star
What she's trying to say:  I want to sing (Twinkle Twinkle Little Star).

Shaura: Huh! (pause) Huh!
What she's trying to say: There's an airplane flying above!

Shaura: Duk.
What she's trying to say: I'm tired of standing. I want to sit.



And if she says this at night,

Shaura: Teddy!!!
What she's trying to say: Bring me my Teddy! I want to hug Teddy!


And that's her favourite Teddy for everyone to see! :)

Tuesday, August 23, 2011

Senyum

Perasan tak? Apabila kita dewasa, kita semakin jarang tersenyum kecuali jika kita benar-benar berasa gembira? Jika senyum itu satu sedekah, betapa besarnya pahala kanak-kanak yang tak pernah lekang dengan senyuman. Bersyukurlah kita diberi mulut untuk bercakap dan mengukir kebahagiaan melalui senyuman yang ikhlas.

Monday, August 8, 2011

Modelling for an article

  


7 Ogos 2011
EKSTRA!

CILIK CANGGIH

Ada pakar yang berpendapat mendedahkan anak kecil kepada alat-alat berteknologi tinggi boleh membawa kesan sampingan negatif

TERIAKAN anak teman saya yang berusia sekitar setahun semakin kuat.

'Dah lapar budak ni,' ujar ibunya, yang sibuk mengeluarkan makanan untuk anaknya yang sudahpun disiapkan dalam sebuah bekas kecil.

Setelah meletakkan anaknya di atas kerusi bayi, suami teman saya dengan pantas mengeluarkan iPad lalu memainkan kartun Dora The Explorer.

Tangan kiri bapanya memegang iPad untuk anaknya menonton kartun, sementara tangan kanannya pula bermain dengan iPhone.

Pada masa yang sama, teman saya pula sibuk menyuapkan makanan kepada anak perempuannya.

'Wah! Macam raja!' usik saya.

'Memang! Kalau tak ada kartun, anak aku tak nak makan. Nasib baik sekarang ada iPad. Senang!' jelas teman saya.

Memang ini bukan kali pertama saya melihat ibu bapa menggunakan alat canggih seperti iPad, iPhone, komputer riba ataupun alat pemain DVD mudah alih untuk melayan bayi atau anak kecil mereka.

Bukan sahaja lebih banyak ibu bapa muda kini memiliki alat-alat tersebut, malah ia juga cara mudah untuk 'mendiamkan' anak.

Seorang anak yang sedang melalak sekuat hati besar kemungkinan akan senyap apabila menonton gelagat watak-watak lucu dan berwarna-warni pada skrin iPad.

Tetapi, dalam perbualan saya dengan dengan guru sekolah gim anak saya, beliau memesan agar tidak mendedahkan anak saya kepada peralatan elektronik tersebut.

Ini kerana, radiasi daripada alat-alat itu boleh meninggalkan kesan kepada kanak-kanak, apatah lagi bayi.

'Daya visual seorang bayi masih belum matang dan pendengarannya masih belum bersedia untuk menerima keamatan skrin peralatan-peralatan elektronik ini,' jelas guru sekolah gim anak saya itu, Encik Lawrence Lee, yang juga pengarah program bayi Glenn Doman.

Saya agak terperanjat mendengar penjelasan itu.

Saya sendiri suka menunjukkan video YouTube, Twinkle Twinkle Little Star, kepada bayi saya sebelum dia tidur.

Lantas, saya buat kajian di Internet dan menemui sebuah artikel di laman web electromagnetichealth.org
Menurut Dr. Thomas Rau, Pengarah Perubatan di Klinik Paracelsus, sebuah klinik termahsyur di Switzerland, mendedahkan kanak-kanak kepada radiasi boleh merosakkan fungsi otak dan secara tidak langsung menghambat proses pembelajarannya.
Dr Rau turut yakin bahawa radiasi daripada gelombang elektromagnetik merupakan antara punca penyakit barah.
Eii! Seramnya dengar!

Walaupun maklum dengan pandangan sesetengah pakar ini, teman saya tetap mendedahkan anaknya kepada alat-alat elektronik.

Baginya, masih belum ada kajian saintifik yang mengaitkan radiasi daripada alat seperti iPhone sebagai penyebab barah dalam kalangan kanak-kanak.

Lantaran itulah, beliau sanggup berbelanja ratusan dolar untuk membeli aplikasi seperti kad tayang (flash cards), buku bacaan elektronik dan lagu-lagu kanak-kanak selain menayangkan DVD lagu Melayu kanak-kanak kepada puterinya itu.

'Bagus menggunakan kaedah ini kerana animasi dan bunyi-bunyiannya dapat menarik perhatian anak aku ni.

'Sekarang pun dia (anaknya) dah boleh sebut beberapa perkataan. Ini semua hasil daripada pendedahan kepada alat elektronik ni,' ujar teman saya.

Untuk mengukuhkan hujahnya, beliau menambah sekiranya kandungan yang ditonton itu bersifat pendidikan, tidak salah untuk ditonton kanak-kanak.

'Zaman dah canggih! Kita mestilah manfaatkan teknologi-teknologi ini,' kata beliau penuh yakin.

Namun, apabila membaca beberapa buku berkaitan pembangunan minda kanak-kanak, saya dapati pendedahan berlebihan kepada televisyen pada usia muda banyak kesan buruknya.

Alat-alat dengan keupayaan audio-visual seperti iPad dan iPhone juga mungkin mempunyai kesan yang sama.

Menurut sebuah buku yang saya baca, pendedahan berlebihan itu boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) atau masalah perwatakan berkaitan dengan tingkah laku yang terlalu aktif.

Lantaran itulah, saya tidak lagi menunjukkan klip video Twinkle Twinkle Little Star kepada anak saya.

Sebaliknya saya sendiri akan menyanyikan kepadanya, lengkap dengan aksi tangan. Ternyata, reaksinya berbeza berbanding apabila saya menggunakan iPhone. Beliau lebih mudah menguntum senyuman dan mengikut gerak geri tangan saya berbanding dengan reaksinya yang sekadar terdiam sahaja apabila menonton iPhone.

Tetapi bagi ibu di luar sana, tepuk dada tanyalah selera ya...