Sunday, November 8, 2009

Selamat Ulang Tahun Sang Singa Purbaku...

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap pergilah terbang
Rentaslah langit cita-citamu
Harap nanti kita bertemu




Terlalu banyak kenangan manis bersama Sang Singa Purba. Ketika di Tahun Ketiga, aku mendapat mesej daripada presiden sebuah persatuan Melayu. Firdaus namanya. Very charming guy. So aku layanlah si Fir ni sampai larut malam. Hahaha!!! Tapi topik yang diperbualkan bukanlah berbaur cinta…cuma setakat berbual tentang aktiviti-aktiviti sekolah walaupun dalam hati boleh cairrrrr beb! :p

Fir melamarku untuk memasuki sebuah pertandingan drama yang dianjurkan kelab persatuan Melayu NUS. Aku terima lamaran Fir dengan hati terbuka kerana hadiahnya agak lumayan – wang tunai $1000! Dengan syarat, aku mesti menubuh kumpulan itu sendiri kerana Fir cuma ada Haddad, Humairah dan Huda ketika itu. Aku gembira kerana diberi kepercayaan bagi tugasan yang agak besar. Kerana kurang kakitangan, aku mendapatkan khidmat kakakku, Noor Hasnah bagi skrip drama tersebut. Aku mendapatkan 7 orang lagi (3 ahli kelab silat SP, coursemates DMC Azlina dan Shikin, Alfiah, serta kawan baikku Adibah) untuk memampatkan lagi jalan cerita.

Pada tanggal 8 November 2003, pihak NUS mengadakan majlis taklimat bagi para peserta. Kami dikehendaki mengisi borang beserta nama kumpulan. Memandangkan Politeknik Singapura merupakan politeknik pertama di Singapura, maka lahirnya nama “The Ancient Lions” yang dialih bahasa kepada Sang Singa Purba.

Pejam celik pejam celik, hari ini sudah genap enam tahun Sang Singa Purba ditubuhkan.

Ibarat seperti bayi yang mula merangkak, lalu bertatih, berdiri dan hari ini dapat berlari dan berdikari, aku pasti Sang Singa Purba adalah kebanggaanku dan juga kebanggaan generasi pertama dan generasi seterusnya, di mana jua mereka berada.

You're our best discovery!



No comments:

Post a Comment