Tuesday, September 29, 2009

Ucapan ulang tahun untuk Abah Tercinta



Terima kasih kerana mengangkatku ke bilik tidur
Walaupun aku pura-pura memejam mata

Terima kasih kerana membelikan keropok dan gula-gula
Walaupun aku pura-pura mencebik bibir

Terima kasih kerana setia menungguku di pagar sekolah
Mengambilku pulang dengan motorsikal
Memakaikan tali keledar untukku
Membelikan ais krim potong
Mengajarku bertatih sehingga aku pandai berjalan
Memelukku
Menciumku

Aku bangga memanggilmu Abah

No comments:

Post a Comment